Soalan Lazim (FAQ)
1. Apakah produk yang dijual oleh Atikah Food?
Atikah Food menyediakan pelbagai snek makanan seperti popia simpul inti ikan dan kerepek pisang nangka yang diproses secara teliti dan berkualiti.
2. Adakah produk Atikah Food sentiasa fresh?
Ya, semua produk kami diproses dalam kuantiti terkawal dan dihantar dalam keadaan segar bagi memastikan kualiti terbaik kepada pelanggan.
3. Bagaimana produk dibungkus sebelum dihantar?
Setiap pesanan dibungkus dengan kemas menggunakan 2 lapisan bubble wrap bagi melindungi produk semasa penghantaran.
4. Berapakah berat produk yang dijual?
Kebanyakan produk kami dijual dalam berat bersih 1kg, seperti yang dinyatakan pada halaman produk.
5. Adakah Atikah Food menerima tempahan pukal?
Ya, kami menerima tempahan pukal untuk majlis, hamper dan jualan semula. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
6. Kaedah pembayaran apa yang diterima?
Kami menerima pembayaran melalui kaedah yang dinyatakan di laman web semasa proses checkout.
7. Berapa lama tempoh penghantaran?
Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi pelanggan dan perkhidmatan kurier yang digunakan. Nombor tracking akan diberikan selepas pesanan dihantar.
8. Bolehkah saya membuat pulangan atau bayaran balik?
Maaf, pulangan atau bayaran balik tidak dibenarkan kerana produk kami adalah makanan dan faktor kebersihan.
9. Apa perlu dibuat jika produk rosak atau tersalah hantar?
Sila hubungi kami dalam tempoh 24 jam selepas menerima pesanan berserta bukti gambar atau video untuk semakan.
10. Bagaimana untuk menghubungi Atikah Food?
Anda boleh menghubungi kami melalui telefon atau emel yang tertera di laman web kami.
